web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 2,000 Metrik Tan Harumanis Di Perlis Disasarkan Berbuah Musim 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2024 8:38PM

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis Razali Saad menunjukkan buah mangga jenis Harumanis yang sudah dibalut. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Jabatan Pertanian Perlis menyasarkan lebih 2,000 metrik tan buah mangga Harumanis pada musim ini akan dituai setelah lapan minggu dibalut, yang dijangkakan bermula seawal minggu ketiga Mac depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Perlis Razali Saad, berkata sasaran itu berdasarkan potensi hasil dan keluasan berbunga menerusi keluasan berhasil 1,611.59 hektar setakat Januari lepas, daripada keseluruhan penanaman Harumanis seluas 1,745.79 hektar di Perlis.

"Tahun ini Harumanis dijangka bertambah mengikut anggaran bunga yang kita perolehi sekarang, kalau bulan Mac nanti masih ada banyak bunga, mungkin jumlahnya akan bertambah lagi.

“Bilangan penanam juga bertambah yang keseluruhannya 2,693 orang dengan pertambahan empat ladang berbanding tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program tinjauan mesra beliau sempena Kempen Peningkatan Kualiti Mangga Harumanis Perlis di sini hari ini.

Razali berkata, pihak Jabatan Pertanian negeri itu akan membantu dalam usaha memastikan buah yang akan dituai itu berada pada tahap matang bagi mengelakkan isu buah masam apabila masak melalui kursus dan khidmat nasihat. 

"Selain itu, pekebun yang menanam Harumanis secara persendirian di perkarangan rumah disaran membalut Harumanis dalam tempoh lapan minggu supaya kualiti buah terjamin.

“Terdapat antara 10 hingga 15 peratus pekebun Harumanis menanam di perkarangan rumah mereka," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihak Jabatan Pertanian Perlis akan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin bagi mengawal serangga perosak baharu yang dikenal pasti menyerang tanaman Harumanis di beberapa lokasi di negeri itu.

"Pihak mereka (Jabatan Pertanian) telah mengenal pasti serangga perosak baharu yang mampu menjejaskan kualiti Harumanis di beberapa lokasi sekitar di Perlis.

“Kita masih mengkaji serangga perosak itu, kerana kita telah mendapat tiga kes iaitu dua kes di Bintong (Kangar) dan satu kes di Titi Tinggi (dekat Padang Besar)," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad