web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Berkenan Terima Menghadap Nga Kor Ming

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2024 8:34AM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming. - gambar FB Nga Kor Ming

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, di sini pada Jumaat.

Nga dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata dalam sesi menghadap yang berlangsung selama 90 minit itu, Sultan Sharafuddin menitahkan agar seluruh rakyat Malaysia bersatu dan berganding bahu bagi merancakkan semula ekonomi agar negara kembali disegani dunia.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin juga menzahirkan keprihatinan baginda terhadap pembangunan di Selangor.

"Selain melaksanakan dasar mengikut Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Sultan Sharafuddin juga ada bertitah bahawa Kerajaan Negeri Selangor sedang mempergiatkan usaha dalam sektor industri tenaga boleh diperbaharui, termasuk pembangunan loji sisa pepejal kepada tenaga (WTE) serta pembangunan ekonomi hijau.

“Pada ketika ini, Kerajaan Negeri Selangor sedang mengkaji untuk menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, mampan, efektif serta merancakkan ekonomi kitaran," katanya. 

Nga berkata, Selangor akan menjadi negeri kelapan menerima pakai Akta 672 sekiranya kerajaan negeri bersetuju untuk mengguna pakai akta itu.

Jelasnya, ia akan membantu pengurusan sisa pepejal yang lebih lancar, teratur dan moden. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar