web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Seliaan JAKIM, JAWI Anjur Solat Hajat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2024 8:30AM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Masjid bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat sunat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Palestin, hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)(Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata masjid dan surau di Wilayah Persekutuan bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut diminta untuk melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata, JPM (Hal Ehwal Agama) mengecam dan mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis yang terus melancarkan serangan udara kepada penduduk Palestin khususnya di Rafah dan menyifatkan tindakan itu adalah biadab serta tidak bertanggungjawab.

"Adalah menyedihkan apabila serangan udara tersebut mengorbankan orang awam serta mendatangkan kecederaan termasuk kepada kanak-kanak selain memusnahkan kediaman dan premis awam, lebih-lebih lagi ketika umat Islam semakin menghampiri gerbang bulan Ramadan.

“Tindakan Zionis Israel mengancam untuk terus melancarkan serangan di bumi Gaza, Palestin ketika menjelangnya Ramadan juga perlu ditentang oleh dunia menerusi tanda sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin," katanya dalam kenyataan semalam. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 minit yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad