web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Brunei Berkenan Sertai Solat Jenazah Abdul Taib

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 3:45PM

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat menyertai istiadat pengebumian Abdul Taib di perkuburan keluarga berdekatan Masjid Demak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menyertai solat jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud di Masjid Demak di sini, hari ini.

Turut berkenan menyertai solat jenazah ialah anakanda baginda Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.

Solat jenazah yang dipimpin Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi itu juga disertai Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Sultan Hassanal kemudiannya berangkat menyertai istiadat pengebumian Abdul Taib di perkuburan keluarga berdekatan masjid tersebut.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Abdul Taib dibawa dari Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak setelah selesai majlis istiadat memberi penghormatan terakhir oleh orang ramai yang diadakan di situ.

Perjalanan dari kompleks itu ke Masjid Demak diiringi tembakan 87 das meriam oleh Rejimen Ke-8 Artileri Diraja sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Jenazah Allahyarham Abdul Taib tiba di perkarangan masjid pada 11.56 pagi dan diusung oleh pegawai tentera dan polis ke dalam masjid sambil diiringi isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib serta ahli keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham Abdul Taib kemudiannya dibawa ke tanah perkuburan pada kira-kira 1.20 petang dalam suasana cuaca hujan.

Allahyarham Abdul Taib, 87 tahun, meninggal dunia pada kira-kira 4.40 pagi semalam dan Kerajaan Sarawak mengisytiharkan Sarawak berkabung selama dua hari bermula semalam. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad