web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SAR Lelaki Lemas Guna Bantuan Anjing Pengesan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2024 12:57PM

Anggota carilamat meneruskan misi mencari Zulkarnain Mohamed Zubir yang hilang pagi semalam di Pantai Batu Buruk. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Khidmat dua ekor anjing pengesan digunakan hari ini dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Pantai Batu Buruk, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar, berkata dua anjing itu dibawa untuk mengesan mangsa, Zulkarnain Mohamed Zubir, 44, dengan melakukan kaedah pencarian di kawasan tepi pantai.

Beliau berkata, operasi yang memasuki hari kedua disertai oleh 64 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Operasi turut dibantu unit Pangkalan Udara JBPM Subang yang tiba 10 pagi tadi. 

"Pencarian di kawasan pesisir pantai diperluas ke kawasan sepanjang lima kilometer iaitu dari lokasi kejadian hingga ke muara Kuala Ibai.

"Rondaan di kawasan darat dijalankan dari pagi semalam hingga ke pagi ini tanpa henti manakala kerja-kerja selaman pula terpaksa dihentikan pada 6 petang semalam kerana faktor cuaca dan ombak yang tinggi," katanya kepada pemberita di pantai berkenaan di sini, hari ini.

Sebagai tambahan, katanya unit dron dari APM dan ibu pejabat JBPM Putrajaya juga akan tiba pagi ini untuk melakukan pemantauan menggunakan peralatan berkenaan di lokasi-lokasi tertentu.

"Kami juga telah menghubungi ibu pejabat untuk mendapatkan bantuan daripada BBP Marang untuk melakukan rondaan di sekitar Pantai Pandak bagi meluaskan usaha pencarian. 

Semalam, Zulkarnain yang berasal dari Kuala Lumpur dilaporkan hilang di pantai itu dipercayai dibawa arus ombak ketika berjalan-jalan di tepi pantai. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad