web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Institusi Keluarga Kukuh Berperanan Bendung Remaja Terlibat Jenayah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2024 8:29PM

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Institusi kekeluargaan yang kukuh memainkan peranan penting bagi membendung remaja terlibat dengan masalah sosial dan jenayah, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata, terdapat kes-kes jenayah melibatkan remaja di negeri berkenaan berpunca akibat kelonggaran institusi keluarga.

"Kita dapati ibu bapa tidak mempunyai masa bersama anak-anak menyebabkan mereka (anak-anak) mudah terpengaruh dengan rakan untuk melakukan jenayah atau terlibat dengan masalah sosial.

"Institusi keluarga longgar mungkin disebabkan perubahan zaman di era semua orang mencari nafkah sehingga tidak tahu perkara dilakukan anak-anak.

”Bukan di Kelantan institusi ini tidak bagus, namun perlu diperkuat supaya masalah jenayah melibatkan remaja dapat diatasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Policing Khatan Perdana Percuma di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Geng di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, pihaknya memerlukan kerjasama masyarakat bagi membendung masalah remaja di Kelantan.

"Serius atau tidak, setiap kes yang berlaku perlu diambil berat kerana ia tidak sepatutnya berlaku kepada golongan remaja atau kanak-kanak," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad