web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


45 Sampel Produk Madu Tidak Patuh Peraturan-peraturan Makanan 1985 – KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 1:40PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati 45 daripada 769 sampel produk madu pelbagai jenama tidak mematuhi standard ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap syarikat dan produk terlibat.

KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) sentiasa menjalankan pemantauan produk madu di pasaran dan 769 sampel produk madu pelbagai jenama itu telah diambil dari 2016 sehingga kini.

'Berdasarkan Peraturan 130, Peraturan-peraturan Makanan 1985, produk madu perlu mengikut standard yang ditetapkan antaranya mengandungi tidak kurang daripada 60 peratus gula penurunan, mempunyai kandungan sukrosa tidak lebih 10 peratus dan tidak boleh mengandungi hydroxymethylfurfural lebih daripada 80 mg/kg," menurut KKM dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu juga memaklumkan Seksyen 13(2)(e) memperuntukkan tiada seseorang boleh menyediakan atau menjual sebarang makanan yang diadukkan jika tidak mematuhi standard atau spesifikasi ditetapkan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah akta terbabit.

"Seseorang yang didapati melanggar peruntukan ini apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya," menurut KKM.

Kementerian juga memaklumkan KKM sedang menjalankan kerjasama dengan Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Pertanian bagi menentukan ketulenan madu menggunakan teknik isotop sebagaimana disarankan standard makanan antarabangsa Codex.

Selain itu, KKM menawarkan Skim Pensijilan Makanan Autentik bertujuan memberikan pengiktirafan terhadap produk makanan yang disahkan autentik atau tulen dan memenuhi kriteria ditetapkan dalam skim pensijilan berkenaan.

"Ini termasuklah produk madu, daging, kopi dan sarang burung walit. sehingga kini, tujuh syarikat telah memperoleh pensijilan autentik untuk produk madu daripada KKM," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad