web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ombak Besar Punca Batu Tunggul Ikonik Bako Runtuh – SFC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2024 12:35PM

Tunggul laut yang dikenali sebagai 'The Cobra Head Sea Stack' antara 12 tunggul asal yang berada di kawasan Taman Negara Bako. Kini hanya lapan yang tinggal. - gambar Sarawak Forestry Corporation

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako yang dikenali sebagai 'The Cobra Head Sea Stack' yang runtuh semalam berkemungkinan besar disebabkan oleh kejadian ombak besar.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini memaklumkan kejadian itu dilaporkan pertama kali oleh seorang pemandu taman pada pukul 4 petang semalam.

Menurut SFC kejadian ombak besar baru-baru ini adalah kemuncak yang menyebabkan kejadian runtuhan, susulan daripada hakisan yang berlaku sejak berjuta tahun lalu di pantai Sarawak.

"Tunggul laut ini merupakan satu daripada khazanah geologi negara, yang terbentuk daripada batu pasir melalui proses hakisan selama berjuta tahun lalu.

"Pembentukan uniknya telah menarik perhatian ramai pengunjung, kejadian tanjung berbatu yang membentuk tunggul laut yang unik dan gerbang laut itu sentiasa memukau pelancong," menurut kenyataan itu.

Sementara itu,Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SFC Abang Arabi Abang Aimran dalam kenyataan sama melahirkan rasa terkejut dan sedih apabila mendengar berita tersebut.

Beliau berkata batu tunggul berkenaan bukan sahaja mempunyai keunikan keindahan alam semula jadi tersendiri, malah penting kepada industri pelancongan tempatan, khususnya bagi pengusaha-pengusaha bot di Taman Negara Bako.

"Khazanah alam ini kadangkala boleh dipulihkan dan kadangkala tidak boleh diganti. Satu set gerbang laut ikonik dan tunggul batu yang serupa di Victoria, Australia yang dikenali sebagai 12 Apostles, akhirnya turut menyaksikan keruntuhan kejadian alam itu.

"Kini hanya tinggal 8 tunggul berbanding 12 tunggul pada asalnya," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 16 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad