web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NGO Indonesia Dan Pakistan Bentang Pelan Bangunkan Semula Gaza

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2024 8:44AM

Genosid yang berterusan sejak awal Oktober tahun lalu bukan saja meragut nyawa ramai penduduk malah memusnahkan muka bumi Gaza. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Aqsa Working Group (AWG) dari Indonesia mempunyai perancangan besar untuk menyumbang kepada usaha pembinaan semula pascaperang di Gaza dengan membina semula Hospital Indonesia di utara Gaza dan hospital khusus untuk kanak-kanak dan wanita di selatan Gaza.

Pengerusi AWG Nur Ikhwan Abadi, berkata kumpulan itu memulakan kempen mengumpul dana pada November tahun lepas untuk mengumpul kira-kira USS5 juta untuk projek hospital.

"Kempen itu sedang berjalan dan kami mengalu-alukan sumbangan daripada organisasi dan individu yang berminat untuk menyokong usaha ini," katanya.

Nur Ikhwan menggariskan inisiatif utama kumpulan itu, pada program International Planning Session Post War Gaza Rebuilding yang mengumpulkan lebih 200 delegasi dari 23 negara bagi menyusun strategi hala tuju pembinaan semula pascaperang di Gaza.

Ini termasuk pembinaan semula Hospital Indonesia di utara Gaza serta penubuhan hospital untuk ibu dan kanak-kanak di selatan Semenanjung Gaza, kini sedang menunggu kelulusan daripada Menteri Kesihatan Gaza untuk memperoleh tanah yang diperlukan.

Nur Ikhwan berkata, sehingga Ahad (11 Februari), hampir 80 pekerja dari Indonesia telah mendaftar dengan kumpulan itu dan bersedia untuk ke Gaza bagi menjayakan pelaksanaan rancangan berkenaan.

"Kami mempunyai tenaga kerja yang ramai di Indonesia... jika pekerja tambahan diperlukan, kami sedia menyediakannya, insya-Allah," katanya.

Selain usaha oleh AWG, Presiden Yayasan Alkhidmat Pakistan Prof Dr Hafeez ur Rahman, berkata pihaknya turut merancang untuk membina sebuah hospital di Gaza yang dilengkapi dengan bekalan perubatan dan kakitangan dari Pakistan.

Yayasan itu mempunyai lebih 2,000 doktor kanan yang telah mendaftar untuk berkhidmat secara sukarela di Gaza.

"Apabila mendapat kebenaran, kami akan mengerahkan pegawai perubatan kanan dan menghantar 20 ambulans ke Gaza," kata Dr Hafeez.

Selain itu, yayasan berkenaan juga menyasarkan untuk memulihkan lima sekolah, serta bekerjasama dengan sebuah syarikat Malaysia untuk memasang 30 loji kuasa suria dan loji penyahgaram di Gaza. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad