web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambutan Tahun Baharu Cina Di Sarawak, Sabah Dan Labuan Meriah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2024 4:18PM

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Kerajaan Sarawak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran kerajaan Sarawak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching di sini.

Lebih 5,000 tetamu daripada pelbagai latar belakang dan kaum hadir dengan busana rona merah, warna yang membawa maksud 'Ong' atau tuah dalam kalangan masyarakat Cina.

Program rumah terbuka bermula dari 9 pagi hingga 3 petang turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.

Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara Datuk Seri Aaron Ago Dagang ketika ditemui berkata sambutan daripada pelbagai kaum bagi setiap perayaan di negara menjadi tradisi unik yang wujud di Malaysia.

"Ini membuktikan bahawa kita mengiktiraf dan hormat kepelbagaian budaya dan kaum yang kita ada sebab semua perayaan kita akan bersama-sama sambut tidak kira warna kulit," katanya.

Di SABAH, hampir 10,000 tetamu hadir memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) di sini.

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Sabah. - gambar BERNAMA
Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni hadir memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina peringkat Sabah. - gambar BERNAMA

Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni hadir memeriahkan majlis dan ketibaan mereka pada 11 pagi, disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri Datin Seri Juliah Salag.

Acara dimulakan dengan menggaul Yee Sang oleh Juhar bersama tetamu kenamaan lain sebagai tanda meraikan tahun baharu agar membawa tuah dan keberkatan buat semua.

Sementara itu di LABUAN, Ahli Parlimen, Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman turut menghadiri beberapa rumah terbuka yang dihoskan olen pemimpin industri maritim terkemuka Datuk Seri Patrick Tiong, ahli perniagaan tempatan Datuk Robert Seah, dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Labuan Datuk Wong Kii Yii.

Rumah terbuka itu menarik ribuan penduduk setempat yang hadir seawal jam 10 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan yang dipenuhi hiasan tradisional dan persembahan tarian singa. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad