web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air Bidor: Jenazah Aszura Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 4:04PM

Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, (berbaju hijau) menyiram air mawar ke atas pusara isterinya Aszura Bani, 37, mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Sg Poh, Bidor, Perak. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAPAH - Jenazah Aszura Bani, 37, mangsa kejadian kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh Bidor telah selamat dikebumikan sekitar jam 12.20 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor di sini, hari ini.

Terdahulu, jenazah telah disolatkan di Masjid Al-Muhtadin Bidor sekitar jam 11.30 pagi tadi, oleh kira-kira 50 jemaah dalam kalangan ahli keluarga terdekat.

Mayat tiga lagi mangsa yang juga anak Aszura iaitu Hanum Marissa Azam, 2; Hafif Muhayat Azam, 4; dan Hanna Mikayla Azam, 7; masih berada di Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat dan proses pengurusan jenazah.

Sementara itu, adik arwah Aszura, Muhammad Faizal Bani, 36, ketika ditemui berkata mereka sekeluarga selalu berkunjung ke Sungai Kenjur untuk berkelah, namun tidak menyangka lokasi berkenaan kawasan berisiko berlaku kejadian kepala air.

“Satu jam sebelum kejadian, saya ada mesej arwah namun dia cuma membalas salam dan minta saya supaya tunggu sebentar.

"Tak lama selepas itu, saya terima berita dia telah ditemukan lemas dan pada masa yang sama tiga lagi anaknya turut lemas dan masih lagi hilang," katanya katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor, di sini, hari ini.

Bercerita tentang perwatakan arwah, Muhammad Faizal berkata kakaknya yang bekerja sebagai penjual buah di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah sebelah selatan itu seorang yang periang selain amat disayangi oleh semua ahli keluarga.

"Kami reda dengan pemergiannya cuma rasa sedih itu tetap terasa kerana dalam kalangan adik beradik, arwah sangat disayangi atas sifatnya yang periang dan sering membantu (adik beradik) yang lain," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad