web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Energy Stick': Orang Ramai Diminta Salur Aduan Kepada SISPAA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2024 12:56PM

Poster mengenai bahaya 'energy stick'. - gambar Facebook Public Health Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Orang ramai diminta menyalurkan aduan mengenai penggunaan produk penyedut hidung atau energy stick dalam kalangan pelajar di laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Kementerian Pendidikan (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata ia penting bagi memastikan kementerian dapat mengambil langkah sewajarnya berhubung perkara itu sebelum keadaan menjadi lebih mudarat.

"Bagaimanapun, setakat ini KPM masih belum menerima sebarang aduan melibatkan sekolah rendah dan menengah, tetapi sekiranya ada kita akan ambil tindakan tegas bagi memastikan kesihatan dan kebajikan pelajar terjamin.

"Kita mahu orang ramai khususnya pentadbiran setiap sekolah memantau perkara ini dan jika ada berlaku apa-apa kes, mereka hendaklah terus melaporkan kepada KPM," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Negeri Johor 2024 di Dewan Seminar Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor di sini hari ini.

Beliau berkata KPM mempunyai pasukan untuk memantau aduan yang diterima dan setiap aduan akan dibincangkan dalam mesyuarat pasca-Kabinet.

Katanya, selain laman web SISPAA iaitu https://moe.spab.gov.my/eApps/system/index.do aduan berhubung perkara itu juga boleh disalurkan terus kepada JPN dan juga Pejabat Pendidikan Daerah.

Wong berkata KPM turut mengalu-alukan tindakan penguatkuasaan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap peniaga yang menjual produk tersebut terutamanya kepada pelajar sekolah.

Pada Ahad lepas, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui pihaknya menerima aduan dan akan mengambil tindakan segera berhubung produk itu yang giat dijual dan dipromosikan menerusi media sosial.

Public Health Malaysia (PHM) sebelum ini juga memaklumkan produk pemula yang boleh menjerat pengguna kepada vape dan dadah itu adalah terkini di pasaran dan mula popular dalam kalangan pelajar selain dijual dengan harga serendah RM2.50 hingga RM10.

Mengulas mengenai pemberian BAP,Wong berkata KPM memperuntukkan sebanyak RM78.5 juta BAP kepada 523,342 pelajar di 1,192 buah sekolah seluruh Johor.

"Selain BAP, KPM turut menyediakan pelbagai jenis bantuan untuk membantu murid dan pelajar termasuk Bantuan Makanan Prasekolah (BMP), Rancangan Makanan Tambahan(RMT), peluasan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) dan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP).

"Kesemua bantuan ini membuktikan komitmen kami dalam menangani isu kemiskinan dan pada masa sama menoktahkan keciciran dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar