web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Pegawai Polis Antara 6 Ditahan Proses Ketum

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2024 12:07PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Lima pegawai polis dan seorang orang awam ditahan ketika sedang memproses minuman ketum di sebuah rumah di Alor Gajah malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kesemua lelaki yang terdiri daripada dua pegawai kanan dan tiga pegawai rendah polis serta orang awam berusia antara 31 hingga 55 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Beliau berkata, pasukan serbuan turut merampas 5.2 liter cecair ketum yang dipek ke dalam beberapa botol dan dibungkus dengan plastik, selain sepasang uniform operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta satu besen.

"Kesemua pegawai polis yang ditahan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka. Polis akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pegawai polis terlibat dengan pelanggaran disiplin yang boleh memberikan implikasi negatif terhadap nama baik PDRM.

"Operasi sebegini akan terus dijalankan oleh PDRM dalam membersihkan sebarang anasir yang tidak baik daripada terus merebak agar pegawai polis yang menjadi 'gunting dalam lipatan' yang boleh menjejaskan kredibiliti serta keyakinan masyarakat kepada PDRM diambil tindakan sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap kesemua lelaki itu akan dibuat pada hari ini untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(2) Akta Racun 1952. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 5 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar