web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menteri Cadang 30,000 Pekerja Seni, ‘Stringer’ Dilindungi Perkeso

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 4:17PM

Petugas media sedang bertugas. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Sumber Manusia Steven Sim akan bertemu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam waktu terdekat bagi membincangkan kaedah perlindungan kepada pekerja dan wartawan sambilan atau ‘stringer’ melibatkan pengamal media serta penggiat industri seni.

Katanya, ketika ini terdapat kira-kira 30,000 petugas berkenaan dalam negara, dan beliau berhasrat meluaskan liputan perlindungan bawah Perkeso kepada mereka, antaranya menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) yang memberikan perlindungan kepada individu yang bekerja sendiri.

“Sebab kita tahu terutamanya untuk pekerja industri media dan kreatif ini, waktu kerja mereka tidak tentu…dan mungkin ada insiden yang mendedahkan pekerja ini kepada bahaya di tempat kerja. Jadi, kita faham ada keperluan mendesak untuk memberikan perlindungan kepada kumpulan ini.

“Saya telah menghubungi saudara Fahmi Fadzil selaku menteri komunikasi dan beliau juga mempunyai pendirian sama. Kita akan bertemu dalam waktu terdekat untuk membincangkan kaedah-kaedah untuk memperluaskan liputan perlindungan Perkeso terutamanya kepada pekerja dalam sektor media dan industri kreatif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat dan menyampaikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kementeriannya bersama Perkeso kepada petugas bilik berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Marlia Mohamed, 43.

Sementara itu, Marlia menzahirkan ucapan terima kasih atas keprihatinan kementerian menyampaikan sumbangan CSR kepadanya, yang sedikit sebanyak meringankan beban beliau, susulan hilang upaya kekal berikutan penyakit diabetis yang dihadapinya, sejak 2009.

Katanya, beliau mula menghidap penyakit itu selepas melahirkan anak tunggal lelakinya.

Kaki kirinya terpaksa dipotong sehingga ke bahagian paha berikutan jangkitan kuman pada November lalu.

“Saya berterima kasih sangat kepada kementerian serta Perkeso atas sumbangan peralatan seperti ‘katil elektrik’ serta kerusi roda. Sudah tentu saya berasa lega apabila dapat bantuan ini, sekali gus dapat meringankan beban yang dihadapi kini,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad