web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tun Daim Akan Dihadapi Ke Mahkamah Sesyen KL Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 7:44PM

Tun Daim Zainuddin. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen 9, di sini esok berhubung gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta.

Menerusi semakan sistem mahkamah, kes Daim akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi pada 9 pagi.

Semalam, Daim dalam kenyataannya berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil rakaman percakapannya dan memaklumkan bahawa beliau akan didakwa pada Isnin (29 Januari) atas kesalahan di bawah Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 membabitkan kesalahan berkaitan dengan pendedahan aset.

Pada Rabu, SPRM mengesahkan telah mendapat kebenaran untuk mendakwa Daim, 85, atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin di mahkamah namun ia terpaksa ditangguhkan atas masalah kesihatan bekas Menteri Kewangan itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mendapat lampu hijau daripada Jabatan Peguam Negara sejak minggu lepas, namun tidak dapat berbuat demikian kerana Daim dimasukkan ke sebuah hospital swasta.

Beliau berkata semakan mendapati Daim, yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, telah dimasukkan ke hospital lebih awal sebelum pihaknya mendapat kelulusan untuk mendakwa namun mereka tidak dimaklumkan mengenai sebab bekas menteri kanan itu menerima rawatan di hospital.

Pada 23 Januari lepas, isteri Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid,66, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sama atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk Menara llham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Sebelum ini Nai'mah dan dua anak lelakinya hadir ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan serta membantu siasatan agensi antirasuah itu terhadap Daim yang juga seorang ahli perniagaan.

SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan ke atas Daim adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Kertas Pandora iaitu pendedahan berkaitan dokumen sulit golongan kaya dan berpengaruh dunia yang menyembunyikan kekayaan dengan menggunakan perkhidmatan luar pesisir atau syarikat berpangkalan di luar negara.

Menurut SPRM kertas siasatan bagi kes itu telah dibuka pada Februari tahun lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar