web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anggota JPJ Cedera Dilanggar Pemandu Lari Sekatan Jalan Raya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 12:36PM

Pemandu kereta berkenaan merempuh anggota JPJ terbabit sebelum melarikan diri. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) Op Pengarah JPJ Kelantan di Jalan Kuala Krai - Kota Bharu di sini malam tadi.

Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata Mohamed Azrin Abdul Wahab, 43, dirempuh sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak kira-kira 9 malam di SJR berhampiran Akademi JPJ Wilayah Timur.

"Kita dah kenal pasti pemilik kereta terbabit berdasarkan nombor pendaftaran dan laporan polis akan dibuat, insya-Allah dengan bantuan polis kita akan buat tangkapan dan kenderaan berkenaan akan disita," katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi itu.

Terdahulu, kereta Perodua Kancil yang dipandu seorang lelaki itu dilihat cuba melarikan diri daripada SJR terbabit, namun gagal apabila enjin kereta tiba-tiba gagal berfungsi, lalu seorang anggota JPJ yang berada di bahagian belakang kereta mengarahkan pemandu itu untuk masuk ke dalam kawasan Akademi JPJ Wilayah Timur bagi pemeriksaan lanjut.

Apabila pemandu terbabit berjaya menghidupkan semula enjin kereta, suspek terus meluru ke arah Mohamed Azrin yang berada di hadapan kenderaan itu dan mangsa bertindak melompat ke atas bahagian bonet hadapan kereta sebelum terjatuh di tepi kenderaan itu.

Mengulas lanjut, Mohd Misuari berkata Mohamed Azrin yang cedera pada tangan dan kaki telah mendapatkan rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Mohd Misuari berkata Op Pengarah JPJ Kelantan melibatkan 76 JPJ, Jabatan Alam Sekitar Kelantan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan telah melakukan pemeriksan terhadap 569 kenderaan dan 113 telah diambil tindakan.

"Sebanyak 188 notis telah dikeluarkan melibatkan 132 notis saman, notis larangan penggunaan

kenderaan (20), notis arah periksa kenderaan (20) dan notis penahanan kenderaan (16)," katanya. -BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad