web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penyalahgunaan Bubu Naga Makin Serius, Ancam Hasil Laut Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2024 4:03PM

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa menunjukkan bubu naga yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KEDAH - Penyalah gunaan bubu naga dalam kalangan nelayan tempatan semakin serius hingga dikhuatiri merosakkan ekosistem laut, sekali gus memberi kesan terhadap perolehan hasil laut dalam tempoh jangka masa panjang. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa, berkata setakat hari ini kerjasama dijalankan pihaknya dengan Jabatan Perikanan Malaysia telah merampas sebanyak 1,494 bubu naga di kedua-dua negeri tersebut.

Jumlah itu katanya, hampir menyamai jumlah rampasan untuk tempoh setahun iaitu kira-kira 2,000 bubu naga yang dirampas sepanjang 2023.

"Mengikut data, sepanjang 2023 pihak kami telah merampas hampir 2,000 bubu naga tetapi pada tahun ini, baru saja awal tahun kami sudah merampas 1,494 peralatan itu,” katanya pada sidang media di Pengkalan Perlindungan Sumber Kuala Kedah, dekat sini, hari ini.

Romli berkata, pihaknya tidak dapat menafikan kegiatan menggunakan bubu naga, juga dikenali sebagai bubu kambang, semakin serius, dan setakat ini pihaknya sukar menahan nelayan yang memasangnya.

Katanya, ia berikutan pemasangan bubu jenis itu mengambil masa singkat iaitu kurang 15 minit sebelum ia ditinggalkan sebelum nelayan yang memasangnya datang semula untuk menaikkan alat itu beberapa jam kemudian.

"Sebab itu kita biasanya hanya dapat merampas, tanpa dapat menangkap pelakunya.

“Namun baru-baru ini kita berjaya menahan mereka yang terlibat selain merampas bot gentian digunakan dan kami akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kegiatan ini tidak berleluasa," katanya.

Bubu naga yang diregangkan. - gambar Rafisqi Radhi
Bubu naga yang diregangkan. - gambar Rafisqi Radhi
Pengarah Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa (dua dari kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah menunjukkan sebahagian daripada bubu naga yang dirampas dalam Ops Khas dilaksanakan kedua-dua agensi penguatkuasa tersebut sejak 15 Januari lalu. - Rafisqi Radhi
Pengarah Maritim Malaysia Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Romli Mustafa (dua dari kiri) bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah menunjukkan sebahagian daripada bubu naga yang dirampas dalam Ops Khas dilaksanakan kedua-dua agensi penguatkuasa tersebut sejak 15 Januari lalu. - Rafisqi Radhi

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Wan Muhammad Aznan Abdullah memaklumkan, bubu naga biasanya digunakan untuk industri ternakan udang bagi memudahkan pengusaha untuk melakukan pengelasan produk mereka sebelum dijual di pasaran.

Namun, katanya, berikutan harganya yang murah dan mudah digunakan, peralatan itu disalah gunakan di laut hingga memerangkap ikan-ikan benih dan hidupan laut kecil mengakibatkan haiwan-haiwan itu mati.

"Jika perkara ini dibiarkan, mungkin kita akan melihat kesannya dalam tempoh 30 tahun atau 40 tahun akan datang.

“Disebabkan itu pihak kami tidak akan berkompromi dan akan terus melaksanakan penguatkuasaan biar pun ada kalanya kami berdepan beberapa cabaran termasuk kemungkinan kekerasan dilakukan suspek," katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, banyak operasi khas dijalankan bersama Maritim Malaysia bagi memantau, mengawal dan mengawasi vesel penangkapan ikan (MCS) Zon Pantai Barat sejak 15 Januari lalu berjaya mengesan sebanyak 22 kes melibatkan pelbagai kesalahan.

Melalui operasi itu katanya, kedua-dua agensi tersebut telah membuat operasi rampasan dan sitaan peralatan perikanan terlarang membabitkan nilai RM615,000.

"Sebanyak 22 kes dikesan dalam operasi tersebut dengan 14 daripadanya melibatkan pelanggaran Akta Perikanan 1986 dan syarat lesen oleh MCS.

"Rampasan dilakukan melibatkan 1,494 unit bubu naga, 34 set rawa sorong, 11 bidang pukat rawa sorong dan 13 unit bot fiber," katanya.

Tambahnya, kes melibatkan MCS akan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana melakukan kesalahan menangkap ikan tanpa lesen atau melanggar syarat atau arahan dan Seksyen 8(b) akta sama kerana melanggar syarat sah lesen.

"Bagi kes sitaan pula, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 11 (3)(a) dan Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 serta Peraturan 2, Larangan Cara Menangkap Ikan 1980.

"Kesemua bot dan barang sitaan kini berada di Pangkalan MCS Kuala Kedah, Pangkalan Maritim Kuala Perlis dan Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tujuan pengurusan kes," katanya. – Getaran, 19 Januari 2024.

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar