web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pulau Pinang, IWK Jalin Kerjasama Terokai Air Kitar Semula - Ketua Menteri

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2024 5:23PM

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang bekerjasama dengan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) untuk meneroka rancangan kitar semula air bagi kegunaan sektor industri negeri ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah memeterai persefahaman dengan IWK bagi kitar semula air IWK untuk kegunaan sektor industri dan kilang.

"Walaupun ini masih dalam perbincangan lanjut, yang penting adalah kita perlu ada pengguna (kilang-kilang) yang sanggup membeli air yang dikitar semula itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemberian biasiswa oleh Ancom Crop Care di sini, hari ini.

Chow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Anthony Santiago supaya Pulau Pinang menggunakan air kitar semula untuk tangani masalah bekalan air.

Selain itu, Chow berkata, kerajaan negeri tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana pihak supaya pengguna air di Pulau Pinang yang terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual, minggu lepas, diberi rebat.

"Saya tidak menerima sebarang permohonan rasmi...jadi kita tunggu dan lihat," katanya.

Bagaimanapun, Chow mengakui gangguan bekalan air minggu lalu sememangnya membawa kerugian dari segi ekonomi kepada pengguna yang terjejas khususnya pemain industri.

"Namun, antara perkara positif yang boleh diambil daripada pengalaman gangguan bekalan air minggu lalu adalah semua pengguna khususnya pengguna air di Pulau Pinang akan lebih menghargai air sebagai aset yang paling berharga...tanpa air, semua tidak dapat bergerak," katanya.

Minggu lalu, kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula jam 6 pagi, 10 Januari hingga jam 6 pagi, 14 Januari bagi membolehkan kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang. 

Terdahulu, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berjadual itu telah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi semalam (Ahad). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 14 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad