web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan Pertukaran Pakar Patologi Di HSAJB Tidak Tepat - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 4:54PM

Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan berhubung laporan pertukaran pakar patologi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan artikel berita berhubung perpindahan 10 Pegawai Perubatan Pakar Patologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) susulan kes pemalsuan keputusan ujian urin adalah tidak tepat.

KKM dalam kenyataan memaklumkan HSAJB sudah menjelaskan situasi sebenar melalui satu kenyataan media yang disiarkan pada Khamis (11 Januari) bahawa tiada perpindahan keluar pegawai perubatan pakar patologi seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.

"Urusan pengujian sampel urin adalah di bawah skop tugas Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) dan ia tidak melibatkan Pegawai Perubatan Pakar Patologi. Individu yang terlibat dalam kes pemalsuan keputusan ujian urin masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," menurut kenyataan itu.

Di samping itu, KKM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan, selain menjelaskan HSAJB sentiasa bekerjasama dengan SPRM sepanjang proses siasatan dijalankan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad dalam hantaran di X berharap syarikat akhbar berkenaan akan lebih teliti sebelum menerbitkan sebarang berita khususnya mengenai KKM.

Beliau berkata, ia supaya tidak mencetuskan rasa curiga umum terhadap perkhidmatan KKM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh, Bukan Dipukul - Pakar Patologi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar