web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Lemas Ketika Mandi Di Kawasan Paya Bersama Rakan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 8:43AM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun ditemukan lemas ketika mandi-manda bersama tiga rakannya di kawasan paya berhampiran Pantai Rantau Abang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Sharizal Shamsudin berkata mayat Muhammad Hazrie Ezani Abdullah, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Rantau Abang, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat di Air pada 6.10 petang semalam.

Beliau berkata mayat mangsa yang ditemukan pada kedalaman empat meter menggunakan kaedah pencarian dipermukaan itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Pada 5.13 petang tadi (semalam), pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan seorang remaja telah hilang dihanyutkan air ketika mandi-manda bersama tiga rakannya di kawasan sekitar Pantai Rantau Abang.

"Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Chukai serta Kuala Terengganu telah dikejarkan ke lokasi kejadian bersama empat jentera untuk operasi mencari dan menyelamat,"' katanya ketika dihubungi.

Sharizal turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan menghentikan seketika aktiviti air di kawasan berisiko buat masa ini kerana monsun timur laut atau musim tengkujuh belum berakhir. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad