web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PBT Diarah Siap Sedia Hadapi Pascabanjir – SUK Terengganu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 4:10PM

Keadaan banjir di Kuala Berang, Terengganu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini diarah supaya melakukan persiapan bagi kerja-kerja pembersihan pascabanjir gelombang ketiga.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Datuk Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata hal itu kerana ketika ini situasi banjir di lapan daerah di negeri itu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menunjukkan trend menurun.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata kesemua mangsa banjir dijangka dapat pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat dan PPS dapat ditutup sepenuhnya dalam tempoh seminggu.

"Sekarang ini trend jumlah mangsa menurun di semua daerah. Mengikut MetMalaysia (Jabatan Meteorologi Malaysia) hujan sepatutnya berakhir hari ini tetapi diramalkan berpanjangan sehari lagi (esok).

"Pascabanjir kita tahu akan ada banyak sampah sarap, jadi semua PBT diarah untuk siap siaga. Di peringkat urusetia (JPBNT) kita akan atur pasukan untuk kerja-kerja pembersihan terutama di premis kerajaan seperti sekolah, pejabat dan sebagainya," katanya ketika melawat Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu di sini hari ini.

Dalam pada itu Tengku Farok Hussin turut menafikan dakwaan bahawa pelepasan air di empangan Tasik Kenyir menjadi punca kepada kejadian bencana banjir di Kelantan seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

Menurutnya walaupun berlaku pelepasan air di empangan tersebut disebabkan banjir besar, ia tidak akan menjejaskan negeri lain kerana salurannya hanya melibatkan sungai di Terengganu.

"Menuduh Tasik Kenyir sebagai punca banjir di tempat lain adalah tuduhan liar sebab Kenyir hanya salur air melalui sungai Terengganu sahaja.

"Setakat ini tidak ada masalah di Tasik Kenyir. Kalau banjir besar dan lepas air yang banyak pun hanya dalam negeri Terengganu...tidak akan libat negeri lain," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad