web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raikan Krismas, Musim Perayaan Dengan Kesyukuran, Kasih Sayang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2023 9:26AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semangat perpaduan dan kerjasama yang ditunjukkan rakyat Malaysia khususnya ketika berdepan saat sukar amat mengagumkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA, Datuk Dr Vinod Sekhar berkata, semangat itu dibuktikan ketika mereka secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa mangsa banjir dan tanah runtuh yang berlaku di seluruh negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, rakyat tidak boleh mengambil mudah kerana pihak yang mahukan kuasa dan kedudukan akan melakukan apa sahaja untuk memilikinya. 

Justeru, katanya, rakyat Malaysia perlu sentiasa berwaspada dan terus bersikap pragmatik. 

"Selepas berdepan dengan begitu banyak kegagalan politik, akhirnya kerajaan dengan majoriti berjaya ditubuhkan.

"Diketuai oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, beliau bukanlah Perdana Menteri hanya untuk sebahagian rakyat, tetapi untuk semua (rakyat). 

"Kerajaan untuk semua golongan sederhana, untuk mereka yang menolak isu perkauman, ketakutan, kejahilan dan kebencian," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA, Datuk Dr Vinod Sekhar.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRA, Datuk Dr Vinod Sekhar.

Dalam kenyataan yang turut dikongsi di akaun media sosialnya itu, Vinod turut berharap sambutan Krismas tahun ini memberikan kegembiraan kepada semua rakyat tanpa mengira agama.

"Tahun ini sangat sukar bagi saya dan keluarga susulan masalah kesihatan yang saya hadapi, hingga memaksa kami berada di India selama sembilan bulan.

"Namun, ia tidak sesukar dengan masalah yang dihadapi ribuan lain akibat jenayah perang, keganasan dan tekanan ekonomi global.

"Tetapi kita sebagai rakyat Malaysia mesti terus menaruh harapan dan kepercayaan bahawa sesukar mana pun keadaan, masih ada sinar menanti kita," katanya. - Getaran, 26 Disember 2023

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 15 minit yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar