web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JDT Derma RM2.9 Juta Untuk Palestin Dan Yayasan JDT

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 8:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menderma sebanyak RM2.9 juta hasil daripada kutipan tiket dan hadiah kemenangan Liga Super kepada bantuan kemanusiaan Palestin dan program khidmat masyarakat Yayasan JDT.

JDT menerusi hantaran di Facebook Johor Southern Tigers hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, RM1.017 juta yang diperoleh daripada enam perlawanan di laman sendiri sejak dari November akan diberikan untuk usaha kemanusiaan di Palestin.

“Manakala, wang hadiah Liga Super Malaysia sebanyak RM1.9 juta pula akan disalurkan kepada Yayasan JDT untuk pelbagai program khidmat masyarakat,” menurut hantaran itu.

Menurut hantaran tersebut, JDT telah menyumbangkan kesemua wang kemenangan untuk tujuan amal, sejak kelab yang dimiliki Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu ditubuhkan pada 2013.

JDT yang merekodkan kemenangan Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut, menamatkan aksi terakhir Liga Super musim ini dengan berpesta gol selepas menewaskan Penang FC 8-0.

Skuad Harimau Selatan itu turut menjuarai Piala Malaysia buat kali keempat, sekali gus merekodkan kejayaan treble buat dua musim berturut-turut selepas dinobatkan juala Piala FA pada Julai dan mengesahkan kejuaraan Liga Super pada September lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar