web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan Kes Pelajar Sekolah Didakwa Dibuli

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Dec 2023 12:19PM

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pelajar lelaki yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah di Cheras kerana didakwa dibuli pelajar lain.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 selepas ibu kepada remaja itu membuat laporan polis semalam.

“Kita (polis) akan memanggil semua pihak yang terlibat, mangsa, keluarga, rakan dan pihak sekolah untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat, siasatan baharu sahaja bermula sila beri kita sedikit masa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ibu kepada pelajar lelaki berkenaan membuat laporan polis di Pondok Polis Hospital Canselor Tuanku Muhriz, di sini, pada 11.16 pagi, semalam.

Pada 8 Dis lepas, pelajar itu ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu  bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan siasatan kes bunuh seorang akauntan sebuah syarikat swasta yang ditemukan di tepi Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru di sini 11 Dis lepas, Allaudeen berkata polis sedang memburu seorang suspek utama.

Beliau berkata reman dua rakan mangsa berusia 25 dan 35 tahun yang ditahan 12 Dis lepas akan tamat hari ini dan pihaknya sedang menunggu keputusan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya sama ada untuk menyambung perintah reman berkenaan atau tidak.

Mengulas mengenai indeks jenayah di Kuala Lumpur, Allaudeen berkata ia mencatatkan penurunan sebanyak 10 peratus berbanding tahun lepas.

Beliau berkata ia menunjukkan tahap keselamatan di ibu kota dalam keadaan terkawal serta selamat dan masyarakat tidak perlu takut untuk menjalankan aktiviti harian mereka.

“Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi anggota dan pegawai Polis Kuala Lumpur pada tahun ini, secara umumnya semua petunjuk prestasi utama Polis Kuala Lumpur telah berjaya dicapai.

“Sebagai contoh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah yang berjaya mendakwa hampir 70 peratus kes disiasat, lebih tinggi berbanding 45 peratus yang ditetapkan dalam KPI,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar