web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perbicaraan Kes Dana 1MDB: Pendakwaan Berhasrat Panggil Jasmine Loo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 4:02PM

Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil  memberi keterangan dalam kes itu.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib berkata pihak pendakwaan bercadang untuk memanggil Loo selepas mengambil kira keterangan Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min, yang mempunyai kaitan dengan wanita itu (Loo).

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata perkembangan ini adalah suatu yang baharu.

Pada 16 Nov, Foo memberi keterangan bahawa Loo akan menjadi saksi penting untuk mendedahkan semua isu mengenai Tanore Finance Corporation, sebuah entiti yang telah memindahkan US$681 juta ke dalam akaun peribadi Najib dan dikatakan dikawal oleh rakan kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, Eric Tan Kim Loong.

Foo juga bersetuju dengan cadangan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib bahawa keterangan Loo boleh sama ada membawa kesan buruk atau membebaskannya dari segi isu yang berkaitan dengan operasi Tanore.

Foo turut memberi keterangan bahawa Loo adalah pembantu peribadi kepada Jho Low.

Pada 12 Julai, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Loo ditahan polis pada 7 Julai bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Pada prosiding hari ini, Muhammad Shafee memaklumkan mahkamah bahawa beliau masih perlu menyoal balas saksi pendakwaan ke-46 iaitu bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, dan bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB Azmi Tahir.

“Yang Arif, saya akan menyoal balas kedua-dua mereka (Zeti dan Azmi) selepas saya menyoal pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Nur Aida Arifin,” kata Muhammad Shafee.

Seperti yang dilaporkan minggu lepas, Nur Aida masih dikuarantin selepas dijangkiti virus COVID-19 dan perbicaraan hari ini hanya mendengar keterangan penganalisis BNM Adam Ariff Mohd Roslan.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung 2 Jan 2024. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad