web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


J&T Express Mohon Maaf Atas Kejadian Agih Barang Secara 'Ganas'

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 7:34AM

Beberapa pekerja J&T memohon maaf dalam rakaman video yang tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Syarikat perkhidmatan penghantaran barangan J&T Express, membuat permohonan maaf atas kejadian pengagihan bungkusan secara ganas, seperti dalam satu rakaman video yang tular baru-baru ini.

Pengurusan J&T Express Perak dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook J&T Express Malaysia-Perak berkata, pihaknya akan menyediakan lebih banyak latihan kepada para pekerjanya bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai.

“Di samping itu, pihak J&T Express ingin menjelaskan perkara tentang pekerja J&T mogok dan tentang komisen adalah tidak benar. Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata.

“Sekali lagi, J&T Express ingin meminta maaf atas kejadian yang tidak diingini,” menurut kenyataan dan video yang disiarkan di laman sosial facebooknya malam ini.

Kenyataan itu turut menyebut, pihak J&T Express akan sedaya upaya meningkatkan mutu perkhidmatan dan segera menghantar barangan pelanggan dengan cepat, dan tidak akan memotong gaji para pekerjanya.

Sejak semalam, tular video berdurasi 15 saat yang menunjukkan beberapa pekerja syarikat berkenaan membaling barangan pelanggan, dengan ada yang berteriak dipercayai tidak berpuas hati dengan pengurusan syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan masalah pembayaran gaji.- Bernama

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

2 Anggota Tentera Maut Ketika Latihan: Polis Lancar Siasatan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad