web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Mansuh Undang-undang Berkaitan Goda Isteri Orang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 4:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan .

Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim berpendapat bahawa seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Seksyen 498 hanya memberi hak kepada suami untuk bergantung kepada peruntukan itu dengan mengenepikan semua hak isteri. Oleh itu ini adalah diskriminasi atas alasan jantina sahaja.

"Hakikat bahawa inilah isu sebenarnya, diterangkan dengan jelas oleh Seksyen 132 Kanun Acara Jenayah, yang menyatakan bahawa 'Tiada mahkamah boleh melihat ada kesalahan di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan, kecuali atas aduan yang dibuat oleh suami kepada perempuan itu,” kata Tengku Maimun.

Hakim lain dalam panel itu ialah Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil.

Panel itu membuat ketetapan berkenaan selepas membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan untuk merujuk persoalan undang-undang berkenaan kepada Mahkamah Persekutuan, sama ada Seksyen 498 adalah tidak berperlembagaan kerana ia bercanggah dengan Perkara 8(1)(2) Perlembagaan Persekutuan berkaitan kesaksamaan di sisi undang-undang dan diskriminasi jantina.

Tengku Maimun juga berkata panel itu berpendapat bahawa Seksyen 498 adalah undang-undang sebelum Merdeka atau undang-undang “sedia ada” dalam pengertian Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan dan tidak berupaya untuk pindaan kehakiman di bawah Perkara 162(7) Perlembagaan Persekutuan kerana jika berbuat demikian, ia akan memerlukan pindaan yang meluas, sehingga mengubah ciri-ciri kesalahan itu.

Hakim Tengku Maimun seterusnya berkata kedua-dua pihak sama ada menerima, atau tidak menafikan, bahawa tujuan utama seksyen itu adalah untuk melihat wanita sebagai harta benda kepada suami mereka, sehinggakan perbuatan memikat mereka dianggap sebagai satu kesalahan.

“Oleh itu, kami berpuas hati bahawa satu-satunya cara yang mungkin untuk membawa Seksyen 498 selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, adalah dengan memansuhkannya secara kehakiman dengan menyeluruh, dan itu yang kami lakukan sekarang.

"Penghakiman kami di sini hendaklah diambil berkuat kuasa secara prospektif. Pengisytiharan ini secara prospektif bertujuan mengekalkan semua pendakwaan terdahulu yang telah pun berlaku.

"Kami dengan ini menyerahkan kes ini kepada Mahkamah Tinggi untuk membuat pengisytiharan dan perintah yang sewajarnya bagi melaksanakan penghakiman ini," katanya.

Ahli perniagaan berusia 53 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2020 kerana memikat wanita yang sudah berkahwin di sebuah pangsapuri di Selangor pada 2018 selepas laporan polis dibuat oleh suami wanita berkenaan.

Mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, lelaki itu boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Mac lepas telah membenarkan permohonan lelaki itu merujuk kepada persoalan undang-undang itu kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan oleh mahkamah.

Pada prosiding hari ini, lelaki itu diwakili peguam Jayarubbiny Jayaraj, Jay Moi Wei Jiun dan Puteri Batrisyia Abdul Latif, manakala Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang di pihak pendakwaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 minit yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar