web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Syak Mungkin Hanya Seorang Individu Terbabit Kes Bunuh Zayn Rayyan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 4:11PM

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Polis mengesyaki berkemungkinan hanya seorang individu terlibat dalam kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, di Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya, minggu lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia berdasarkan petunjuk, kesan jerutan dan pergelutan yang ditemukan pada tubuh mangsa berusia enam tahun itu.

“Kita (polis) mengesan seorang individu dan percaya (kes ini melibatkan) seorang individu. Kita telah tengok semua sudut, pangkalan data polis serta melakukan tapisan secara besar-besaran dan berharap akan mendapat petunjuk positif sehingga boleh menangkap penjenayah ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Hussein, beliau tidak mahu proses siasatan melibatkan sebarang spekulasi dan orang ramai diminta memberi ruang kepada polis supaya dapat menumpukan pelaksanaan tugas berdasarkan fakta kes. 

Zayn Rayyan, dilaporkan hilang pada tengah hari Selasa lalu dan ditemukan meninggal dunia dalam aliran anak sungai pada keesokannya, kira-kira 200 meter dari blok kediamannya di apartmen berkenaan.

Hussein berkata, pihaknya sedang meneliti rakaman video kamera papan pemuka yang diperoleh daripada beberapa pemilik kenderaan yang juga penghuni Apartmen Idaman untuk membantu siasatan.

Ditanya jangkaan waktu mayat Zayn Rayyan diletakkan di lokasi dia ditemukan, Hussein berkata: “Pagi hari yang sama (mayat ditemukan) kita ada membuat pencarian tetapi tak jumpa. Kita jumpa pada waktu malam, jadi kemungkinan petang (pembunuh meletakkan mangsa) sewaktu hujan lebat. Jadi kita percaya, waktu petang itulah (mayat diletakkan),”

Mengenai tujuan pemeriksaan sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R, Apartment Idaman semalam, beliau berkata, polis mahu menyiasat individu yang selalu berlegar di kawasan itu untuk mencari kemungkinan penjenayah pernah berada di situ.

“Jadi kita mencari dan padanan cap jari di situ, namun siasatan ini masih terbuka dan kita melihat dari semua sudut sama ada dari dalam atau luar kawasan dan tidak mahu terlepas apa-apa kemungkinan,’ katanya. - BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Suspek Kes Bunuh Nurfisya Kembali Ke Mahkamah, Tempoh Reman Dilanjut

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pengawal Keselamatan Mati Diserang: Kes Diklasifikasi Semula Sebagai Bunuh 

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Kes Zayn Rayyan: Zaim Ikhwan Bebas Tuduhan Pengabaian, Ismanira Diperintah Bela Diri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Siasatan Terhadap Ibu Bapa Zayn Rayyan Bukan Sambil Lewa - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 51 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad