web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cybersecurity Keluar Amaran Insiden Peningkatan Ketirisan Data Peribadi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 3:53PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung peningkatan ketara insiden ketirisan data peribadi serta penjualannya di laman web tertutup (dark web) dari Januari hingga November tahun ini.

CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan peningkatan tersebut mengandungi Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) yang merangkumi nama penuh, alamat tetap, pendapatan isi rumah, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, atau nombor telefon mangsa.

“Ketirisan data ini membahayakan organisasi yang bertanggungjawab terhadap PII dan pemilik maklumat peribadi,” menurut kenyataan itu.

CyberSecurity Malaysia berkata perlindungan data peribadi serta data sensitif adalah satu keperluan bukan hanya berasaskan undang-undang atau etika, namun juga bertujuan untuk menjaga kepentingan privasi dan peribadi serta reputasi perniagaan.

Kenyataan itu turut memaklumkan organisasi perlu bertanggungjawab dalam mencegah insiden itu dan mengendalikan insiden pendedahan data dengan sewajarnya, selain mematuhi amalan keselamatan terkini, mengenali impak potensi, dan mengambil langkah untuk melindungi data serta mengemas kini sistem secara berkala.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan di https://www.mycert.org.my/portal/details. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar