web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Selamatkan Wanita Dikurung, Tahan Seorang Lelaki

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 3:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Polis berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dikurung dan dipercayai akan dihantar ke sebuah negara jiran untuk bekerja dengan sindiket penipuan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sanctuary, Machang Bubok di sini Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan seorang wanita berusia 22 tahun dikurung di rumah itu sejak beberapa hari lepas oleh sindiket pemerdagangan manusia.

"Serbuan pada 5.45 petang itu menahan seorang lelaki berusia 34 tahun sebelum menyelamatkan wanita berkenaan.

"Siasatan awal mendapati lelaki itu yang bekerja sendiri, sedang menguruskan mangsa untuk dihantar ke negara jiran bagi bekerja sebagai operator dengan satu sindiket penipuan dalam talian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dua kereta, sebuah komputer riba serta pelbagai peralatan berkaitan kegiatan pelacuran seperti kondom serta tisu.

Tan berkata lelaki itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12  Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 termasuk mengesan beberapa individu dipercayai terlibat dalam rangkaian sindiket itu.

"Polis menasihatkan orang ramai terutama mereka yang ditawarkan pekerjaan di luar negara dengan gaji yang lumayan supaya membuat semakan terlebih dahulu kerana bimbang menjadi mangsa sindiket penipuan atau pemerdagangan manusia," katanya.

Difahamkan wanita itu ditawarkan pekerjaan di negara jiran dengan gaji lumayan oleh rakan kepada lelaki ditahan dan suspek kononnya mahu menguruskan pasport mangsa dengan mengurungnya di rumah itu sebelum menghantarnya ke luar negara. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 50 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad