web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Permaisuri Agong Dahului 97 Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Selangor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 12:05PM

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah  mendahului senarai 97 penerima Darjah dan Bintang Kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Tunku Azizah dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.).

Sultan Sharafuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Kelas Kedua) (D.K.II) kepada Ahli Dewan Diraja Selangor Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Urusan YTL Power International Bhd Datuk Yeoh Seok Hong pula menerima Darjah Kelas Pertama-Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran 'Datuk Seri.'

Turut dikurniakan darjah kebesaran ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim dan Perunding Urologi Pusat Perubatan Subang Jaya Profesor Datuk Dr Tan Hui Meng yang menerima Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama), membawa gelaran 'Datuk Setia.'

Sementara itu, Pegawai Kewangan Negeri Selangor Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin mendahului senarai sembilan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.

Turut menerima anugerah sama termasuk Duta Besar Malaysia ke Jerman Dr Adina Kamarudin, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Datuk Nooh Gadot.

Penerima lain Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Ng Suee Lim, Timbalan Pengerusi Berjaya Land Bhd Datuk Seri Robin Tan Yeong Ching, Naib Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif United Plantations Bhd Datuk Carl Bek-Nielsen serta Pengurus Besar Royal Selangor International Sdn Bhd Yong Yoon Li.

Istiadat berkenaan turut menyaksikan 13 individu menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.

Mereka ialah Panglima 10 Briged (Para) Markas 10 Briged (Para) Mejar Jeneral Datuk Khairul Azmizal Ahmad Natal, Ketua Staf Markas Angkatan Bersama Mejar Jeneral Fazal Abdul Rahman, Panglima Wilayah Laut 2 Markas Tentera Laut 2 Laksamana Muda Khir Junaidi Idris, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Noraini Roslan.

Turut menerima D.S.I.S ialah Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Dr Yusri Zakariah, Timbalan Mufti Negeri Selangor Profesor Madya Dr Miszairi Sitiris, Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor Ahmad Kamarunzaman Mehat, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Hakimah Mohd Yusoff dan Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Bhd Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir.

Penerima lain Pengerusi Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat Philip Tan Puay Koon; Ketua Pegawai Pelaburan, Pelaburan Persendirian dan Strategik Permodalan Nasional Bhd Rizal Rickman Ramli serta Ketua Pegawai Kandungan Kumpulan Media Star Bhd Esther Ng Sek Yee.

Selain itu, 15 individu menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.) antaranya Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor Wan Md Razali Wan Ismail serta Pakar Perubatan Patalogi Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Dr Nur Ayutimasery Abdullah.

Tiga belas individu pula menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S.) termasuk Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim serta Ketua Unit Hadis dan Penyelidikan, Kolej Universiti Islam Selangor Dr Mohd Khafidz Soroni dan Pengurus Besar Pemasaran Tabung Haji Travel and Services Nik Zuraini Mohd Khushairi @ Zulkifli.

Pada istiadat berkenaan, 15 individu turut menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.), 16 menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S.), dua menerima Bintang Kecemerlangan Sukan Selangor (B.K.S.) dan tujuh menerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C.). - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar