web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Mahu Penjawat Awam Teruskan Prestasi Cemerlang Ke 2024

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 10:30AM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan bersama penjawat awam menuju tahun baharu hari ini, mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan tahun hadapan dengan menerapkan nilai-nilai baik dalam pentadbiran serta tidak mengamalkan budaya selesa.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Disember di sini yang terakhir sebelum tahun baharu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata nilai-nilai baik yang mendasari Malaysia MADANI, mampu mengangkat martabat dan darjat negara.

“Kalau kita ada nilai (baik) kita terapkan dalam MADANI, saya yakin kita boleh angkat kerajaan dan hentikan kelemahan lampau.

“Kita bina daripada kekuatan itu dan kita tinggalkan berlebih-lebihan yang berlaku, mudah-mudahan kita tutup labuh tirai 2023 dengan semangat bersama dan membuka lembaran baru sejarah negara,” katanya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.

Anwar berkata penjawat awam tidak seharusnya ada budaya terlalu selesa, sebaliknya perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan cemerlang.

Justeru, beliau mahu penjawat awam untuk sentiasa memperbaiki diri dan mencari ikhtiar meningkatkan prodktiviti, serta mengelakkan daripada kelemahan dan kekurangan.

“Itu yang saya usulkan dari awal supaya budaya dalam politik dan penjawat awam, memberi ruang mendengar pandangan, teguran, malah kritikan yang membina,” katanya.

“Baiknya kalau ikut budaya masyarakat kita, orang umumnya bertanya kadang-kadang soalannya agak kritikal tapi sopan, kerana soal nilai dan akhlak itu dipertahankan,” katanya.

Anwar berkata dalam usaha negara untuk menggapai langit bagi mencapai kemajuan dalam beberapa bidang baharu seperti kecerdasan buatan, digital dan tenaga baharu, penjawat awam perlu menjadikan asas agama, akhlak, budaya dan nilai untuk mengakar bumi.

“Sekurang-kurangnya kita dah bagi garis urutan keutamaan bahawa sementara kita menggapai langit … tapi kita harus sentiasa mengakar bumi.

“Yang kita nak mengapai ke langit itu ialah ideliasme baharu, perubahan teknologi, digital dan sebagainya, carilah jalan dan ikhtiar supaya kita dapat mengangkat dan kembalikan maruah kepada bangsa dan negara Malaysia tercinta,” katanya yang percaya kapasiti penjawat awam mampu mengangkat keupayaan transformasi ekonomi dan sosial. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ketua Jabatan Tak Naik Pangkat Jika Gagal Lapor Rasuah - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad