web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jenazah Pasangan Warga Emas Mangsa Bunuh Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2023 8:48AM

Pasangan warga emas yang mati dibunuh anak lelaki mereka kelmarin, dikebumikan dalam satu liang, malam tadi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh anak lelaki mereka semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala, di sini malam tadi.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Agus Omar, 82 dan Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72 dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah di sini sebelum tiba di tanah perkuburan berkenaan pada jam 9.15 malam.

Seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan jiran hadir ke pengebumian berkenaan yang selesai jam 9.40 malam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, pasangan suami isteri berkenaan ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu mereka di Kampung Sungai Penchala, akibat ditikam berkali-kali oleh anak lelakinya yang berusia 42 tahun.

Lelaki itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira jam 10.30 malam yang sama di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya ini.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah selain mempunyai sembilan rekod janayah lampau membabitkan dadah.

Suspek diremah selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad