web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Capai Matlamat, Dikunjungi Lebih 200,000 Orang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 8:43PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika beramah mesra dengan pengunjung. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama tiga hari berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Menurut sekretariat penganjur, lebih 230,000 orang hadir sepanjang tiga hari program yang bermula Jumaat lepas di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Angka kehadiran pengunjung itu adalah petunjuk jelas bahawa program itu bukanlah sesuatu yang membazir, sebaliknya berjaya memudah cara urusan kerajaan dengan rakyat kerana menghimpunkan 102 perkhidmatan melibatkan 36 reruai kaunter di satu lokasi.

Genap setahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan, penganjuran program berkenaan tepat pada masanya kerana memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi setiap kementerian dan membuat cadangan bagi sebarang perkara yang dirasakan perlu.

Pendekatan program sebegini yang menghimpunkan semua kementerian 'di bawah satu bumbung' sememangnya satu langkah sesuai kerana menjimatkan masa orang ramai untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi.

Lebih menarik, penganjuran Jualan Mega MADANI yang menawarkan harga barangan 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran turut membantu menjimatkan kos perbelanjaan orang ramai.

Selain itu, diskaun kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penukaran topi keledar lama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sememangnya menjadi tumpuan ramai, malah ada yang sanggup datang seawal 6 pagi.

Pemilihan lokasi juga sangat strategik kerana pengunjung yang tidak mahu pening memikirkan soal parkir, mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil yang terletak berdekatan tapak program.

Bertitik tolak daripada kejayaan cemerlang itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan diteruskan di peringkat negeri dengan Selangor bakal menjadi tuan rumah pertama penganjuran pada Januari depan.

Tujuannya tidak lain tidak bukan, pastinya untuk memberi peluang kepada rakyat di setiap negeri membuat penilaian mengenai Kerajaan Perpaduan bagi menambah baik lagi 'report card' setiap kementerian.

Perdana Menteri ketika berucap menutup program berkenaan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dan menyatakan ia dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha padu jemaah pimpinan masyarakat MADANI. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar