web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sangkal Dakwaan Gencatan Senjata Di Gaza ‘Hanya Tanam Benih Untuk Perang Seterusnya’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2023 3:17PM

Wisma Putra. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia menolak dakwaan bahawa gencatan senjata segera di Gaza akan "hanya menanam benih untuk perang seterusnya."

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan besar-besaran yang berterusan oleh Israel terhadap mereka yang tidak bersalah di Gaza dan wilayah yang diduduki di Palestin menimbulkan ancaman sebenar kepada keamanan dan penyelesaian dua negara.

“Situasi kemanusiaan yang sedang berlaku di Gaza tidak boleh dibiarkan.

“Kerajaan Malaysia amat sedih dengan keputusan untuk tidak mengendahkan desakan dan rayuan masyarakat antarabangsa,” menurut kenyataan itu sebagai reaksi kepada tindakan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila Washington memveto resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Resolusi itu menuntut gencatan senjata segera dalam konflik antara Israel dan Hamas di Gaza sekali gus menggagalkan desakan yang semakin meningkat untuk gencatan senjata segera yang diketuai oleh Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan negara-negara Arab.

Timbalan Duta AS ke PBB Robert Wood sebelum itu dilaporkan berkata: "Kami tidak menyokong gesaan resolusi untuk gencatan senjata yang tidak mampan yang hanya akan menanam benih untuk perang seterusnya."

Wisma Putra menekankan bahawa Malaysia kesal terhadap kegagalan Majlis Keselamatan PBB untuk menerima pakai resolusi yang mendapat sokongan ketara daripada 102 negara, termasuk Malaysia yang merupakan bukti kepada hasrat masyarakat antarabangsa untuk melihat penamatan segera serangan ke atas Gaza.

Malaysia tidak berganjak dengan pendirian bahawa rakyat Palestin berhak mempunyai negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. 

Laporan terkini oleh Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik Kementerian Kesihatan negara itu, menyatakan bahawa angka kematian telah meningkat kepada 17,674 orang dengan lebih 49,300 individu cedera. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad