web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hati-hati Produk Palsu Di Pasaran Dakwa Berasal Dari Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:39PM

Pengeluar sabun terbesar di Palestin syarikat Al Jamal antara yang terkesan dengan penjualan produk tiruan yang didakwa berasal dari negara itu. - gambar media sosial Al-Jamal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pengguna diminta supaya berhati-hati dan menyemak kesahihan produk yang menggunakan jenama dari Palestin sebelum membuat pembelian memandangkan terdapat aduan mengatakan banyak produk tiruan mendakwa kononnya berasal dari negara itu di pasaran.

Pengarah Al'Ard Far East Sdn Bhd Nazran Abd Mutalib berkata hanya beberapa syarikat di Malaysia yang memperoleh sijil pengesahan pengeskportan daripada pihak Palestin setakat ini.

"Sejak akhir-akhir ini banyak produk yang kononnya datang dari Palestin dijual di pasaran. Oleh itu, saya mengingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak terpedaya membeli produk palsu ini,” katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali merasmikan kempen "Palestin Di Setiap Rumah" anjuran Al'Ard Far East yang diadakan bagi mengelakkan pembeli tertipu dengan penjualan produk palsu di pasaran.

Beliau berkata pengeluar sabun terbesar di Palestin iaitu syarikat Al Jamal ada menghubungi pihaknya baru-baru ini yang meminta bantuan supaya membanteras penjualan produk tiruan jenama itu di negara ini.

Dalam pada itu, Nazran berkata menerusi kempen berkenaan pihaknya menyasarkan kutipan dana bernilai RM3 juta untuk disalurkan ke Palestin.

"Selain itu, ia bertujuan berkongsi kebaikan produk Palestin berasaskan minyak zaitun organik tanaman pekebun tempatan di sana. Moto kempen ini ialah 'Bantu Diri Bantu Palestin' (Helping oneself help Palestine) merujuk kepada kebaikan kesihatan dinikmati pengguna produk Palestin yang berkualiti tinggi," katanya.

Menerusi kempen itu, Al'Ard akan berkongsi bahan dalam bentuk pendidikan, impak sosial dan pengumpulan dana dari semasa ke semasa melalui laman web https://alard.my.

Sementara itu, Walid berkata kaedah terbaik untuk menyokong dan membantu rakyat Palestin ialah membeli produk asli mereka kerana langkah itu akan membangunkan ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyatnya secara telus.

"Rakyat Palestin bukan mahu meraih simpati. Kami melakukan perniagaan sebagai cara untuk meningkatkan ekonomi. Justeru, saya ingin merayu kepada rakyat Malaysia supaya menyemak kesahihan produk terlebih dahulu yang benar-benar berasal dari Palestin sebelum membelinya bagi mengelak produk palsu," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad