web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Guna Dron Cari Petunjuk Kes Bunuh Zayn Rayyan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 8:22PM

Anggota penyiasat meninjau lokasi penemuan mayat kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan di kawasan belukar belakang Blok R Apartment Idaman. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pasukan penyiasat kes kematian kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, menggunakan dron di sekitar kawasan aliran anak sungai dan belukar di belakang Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini bagi mencari petunjuk baharu kes itu.

Pemantauan Bernama di lokasi kejadian mendapati, pasukan khas berkenaan tiba di lokasi kejadian kira-kira 5 petang sebelum menerbangkan dron untuk mengenal pasti laluan keluar masuk yang digunakan oleh suspek untuk membuang mayat kanak-kanak berusia enam tahun itu.

Selain itu, pasukan penyiasat dilihat turut melakukan rondaan di sekitar kawasan penemuan mayat dan menemu bual beberapa penduduk.

Walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, lokasi kejadian terus menjadi tumpuan media yang berkampung sejak pagi tadi bagi mengetahui dan melaporkan perkembangan terbaharu berhubung kes bunuh yang menyayat hati itu.

Pagi tadi, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abd Hamid turut meninjau kawasan kejadian dan memaklumkan pihaknya telah mengambil keterangan kali kedua daripada ibu bapa semalam, selain keterangan penjaga dan individu pertama yang menjumpai mayat Zayn Rayyan.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa, dipercayai mempunyai kaitan dengan perbuatan jenayah.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan terbaring berhampiran aliran sungai yang terletak pada jarak hampir 200 meter dari blok kediamannya di apartmen berkenaan, Rabu lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Dr Maszlee Dahului Perebutan DUN Puteri Wangsa (TAK RASMI) 

2

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

3

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

4

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

5

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

6

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Sindiket Pelacuran Disyaki Beroperasi Di Hotel 3 Bintang Diserbu, 8 Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

oleh Sophia Ahmad