web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 35,000 Telah Kemuka Permohonan FLYsiswa - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 4:23PM

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook pada Majlis Peluncuran FLYsiswa di Auditorium HEP, Universiti Malaya hari ini yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 35,994 orang atau 72 peratus daripada 50,096 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan bantuan subsidi FLYsiswa, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata masih terdapat kira-kira 14,000 pelajar yang layak untuk memohon baucar digital bernilai RM300 itu masih belum membuat permohonan, dan beliau berharap mereka segera berbuat demikian sebelum tempoh permohonan ditutup pada 31 Dis ini.

"Daripada jumlah ini, IPT paling ramai pelajar mendapat manfaat adalah daripada Universiti Teknologi MARA dengan 7,791 pelajar diikuti Universiti Malaysia Sabah (6,280), Universiti Malaysia Sarawak (4,975), Universiti Pendidikan Sultan Idris (4,780) dan Universiti Malaya (2,267)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran FLYsiswa di Auditorium HEP, Universiti Malaya hari ini yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Turut hadir, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Inisiatif FLYsiswa dilaksanakan mulai 15 Ogos lepas menerusi kaedah pemberian credit shell membabitkan pengeluaran baucar digital bernilai RM300 oleh syarikat penerbangan kepada setiap pelajar yang layak, untuk ditebus bagi pembelian tiket untuk laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan itu akan diteruskan pada tahun hadapan dan akan memanfaatkan kira-kira 60,000 pelajar termasuk pelajar baharu IPTA.

Loke menyarankan supaya pelajar merancang perjalanan dengan baik agar FLYsiswa yang telah diperluaskan kepada pelajar Politeknik, Institut Pendidikan Guru dan Matrikulasi itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

"Kita bagi fleksibiliti jadi RM300 itu tak semestinya beli satu tiket sahaja. Katakan tiket itu hanya RM150 dia ada baki dan dia boleh gunakan untuk tiket seterusnya, jadi itu yang telah dilaksanakan dan mekanismenya amat mudah.

Beliau berkata kementeriannya juga sedang meneliti untuk meningkatkan amaun inisiatif itu selain memperluaskan bantuan berkenaan kepada pelajar di IPT Swasta namun ia bergantung kepada kedudukan semasa kewangan kerajaan mengambil kira jumlah pelajar yang bakal ditampung.

Menurut Loke, FLYsiswa adalah antara langkah kerajaan bagi meringankan kos perjalanan ditanggung pelajar selain sedang melaksanakan pelbagai langkah untuk menangani isu harga tambang penerbangan termasuk menambah kapasiti penerbangan pasca COVID-19. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad