web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persiapan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI Kini 90 Peratus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2023 8:32PM

Pekerja membuat persiapan terakhir di ruang pameran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang bermula esok. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persiapan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan membuka tirai di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil esok mencecah 90 peratus setakat petang ini.

Ketua Komunikasi Korporat Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri Ropidah Mohamad berkata pihaknya kini hanya perlu melaksanakan “sentuhan terakhir” bagi menyiapkan pameran serta kemudahan awam kepada pengunjung.

Beliau berkata untuk memastikan keselesaan pengunjung sepanjang tiga hari program, ruang solat tambahan serta tandas bergerak disediakan di banyak lokasi sekitar pekarangan stadium.

“Kita juga sediakan trak makanan. Jadi orang ramai bolehlah datang beramai-ramai bersama keluarga,

Untuk petugas media ada disediakan pusat media dengan segala kelengkapan. Kami mengalu-alukan mereka datang ke pusat media untuk mendapatkan maklumat mengenai pergerakan semua menteri,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Berkongsi antara tarikan pada program selama tiga hari itu, Ropidah berkata pengunjung yang mendaftar diri untuk cabutan bertuah berpeluang memenangi seunit rumah pangsapuri di Bukit Mahkota, Bangi.

Hadiah cabutan bertuah lain termasuk tiket penerbangan dalam dan luar negara, tiga motosikal dan banyak lagi.

Untuk melayakkan diri menyertai cabutan bertuah, pengunjung perlu mendaftar di reruai Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan atau Perbadanan PR1MA Malaysia, katanya.

Selain itu, Ropidah memaklumkan Jualan Mega MADANI akan turut diadakan sehingga 12 tengah malam setiap hari.

Dalam pada itu, Ropidah menasihati orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam untuk hadir ke lokasi program bagi mengelakkan kesesakan jalan raya memandangkan seramai 200,000 pengunjung dijangka hadir ke program berkenaan.

Katanya perkhidmatan bas percuma akan disediakan selama tiga hari program bermula 7 pagi dan pengunjung boleh menikmati diskaun 25 peratus bagi harga tambang perjalanan ke Stesen LRT Bukit Jalil.

Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI diadakan untuk menyebar luas dan mempromosi dasar-dasar serta inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentabiran negara pada November 2022.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi  membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. - BERNAMA

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad