web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengadil Cedera Dipukul Tiga Lelaki Dalam Perlawanan Bola Sepak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Nov 2023 10:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang pengadil cedera dipukul tiga lelaki tidak dikenali dalam satu perlawanan bola sepak yang diadilinya membabitkan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan Majlis Daerah Setiu di Padang Pertanian Lekir, Sitiawan pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata mangsa yang berusia 27 tahun dan merupakan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang dan kaki akibat ditendang tiga lelaki berkenaan.

“Semasa pengumuman keputusan perlawanan dibuat oleh mangsa, pihak Majlis Daerah Setiu tidak berpuas hati menyebabkan tiga suspek telah datang menyerang mangsa di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Mohamed Nordin berkata mangsa telah membuat laporan polis pada 7.26 malam, Sabtu berhubung kejadian itu dan telah mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Justeru, beliau berkata pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Norzian Yahya melalui talian 019-3905390 bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular video menerusi laman Facebook yang memaparkan seorang pengadil perlawanan bola sepak cuba melarikan diri, namun beberapa pemain mengejar serta melakukan terjahan terhadapnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad