web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekstradisi Sirul Azhar Hanya Boleh Dilaksana Jika Hukuman Penuhi 'Dual Criminality'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2023 1:44PM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata proses ekstradisi terhadap bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar tidak dapat dilaksanakan, kerana dia telah dijatuhkan hukuman mati di negara ini sedangkan Australia tidak mengiktiraf hukuman itu.

Saifuddin berkata Sirul Azhar yang didapati bersalah kerana membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, hanya boleh dibawa pulang jika hukuman terhadapnya memenuhi prinsip dual criminality iaitu membawa hukuman yang sama di Malaysia dan Australia.

"Walaupun kita ada perjanjian ekstradisi, namun terdapat satu perbezaan di situ. Kita memang ada banyak Mutual Legal Agreement antara Malaysia dengan banyak negara lain termasuk Australia.

"... dengan Australia ada Mutual Assistance in Criminal Matters Act 2002 namun prinsip dual criminality juga terpakai dalam akta ini," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Justeru, katanya Sirul Azhar mempunyai hak melalui peguamnya untuk mengemukakan permohonan menyemak semula hukuman yang telah disabitkan terhadapnya selaras dengan perkembangan di Malaysia yang telah memansuhkan hukuman mati secara mandatori pada tahun ini.

"Dia boleh saja kemukakan untuk ruang ini. Jika itu semua telah dibuat barulah proses ekstradisi kalau rayuannya berakhir dengan adanya perubahan dari segi hukuman (terhadap Sirul Azhar)," katanya.

Ditanya sama ada Sirul Azhar telah mengemukakan permohonan untuk menyemak semula hukumannya di negara ini, Saifuddin Nasution berkata beliau tidak mempunyai maklumat berkaitan perkara itu.

Sebelum ini dilaporkan, Sirul Azhar telah dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia, pada 11 Nov lepas.

Sirul Azhar yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya pada 2006, dibebaskan selepas sembilan tahun berada dalam tahanan pihak Imigresen negara itu sejak 2015.

Pembebasan Sirul Azhar susulan keputusan Mahkamah Tinggi negara itu pada 8 Nov, yang memutuskan bahawa tahanan bukan warga negara yang tidak dapat dihantar pulang, tidak boleh lagi ditahan selama-lamanya oleh pihak imigresen.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 menjatuhkan hukuman mati terhadap Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri, selepas mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh Altantuya.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dan membebaskan mereka daripada pertuduhan berkenaan.

Bagaimanapun, pada 13 Jan 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan mengekalkan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi terhadap mereka.

Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia. Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Dia kemudiannya ditahan pegawai imigresen Australia selepas Interpol mengeluarkan notis merah dan ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 minit yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar