web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jurulatih Taekwando Didakwa Amang Seksual Fizikal Terhadap 5 Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 12:40PM

Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap lima kanak-kanak perempuan, antara September dan Oktober lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang jurulatih taekwando mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan, antara September dan Oktober lalu.

Ahmad Munir Zainuddin, 20, didakwa melakukan perbuatan tersebut ke atas lima kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh serta 11 tahun di sebuah dewan di Seksyen 24, di sini sekitar September dan 28 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Rasyihah Ghazali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap awal bulan, menyerahkan pasport ke mahkamah dan tidak mengganggu mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 14 Disember untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nabilah Abd Rashid, manakala tertuduh diwakili peguam 'Adil Safwan Ahmad Shaffie.

Sebelum ini media melaporkan seorang pengajar seni mempertahankan diri ditahan di sebuah pasar raya di sini kira-kira 4 petang, 2 November lalu.

Siasatan terhadap suspek yang juga penuntut kolej swasta sebelum ini, mendapati suspek menggunakan alasan mahu membetulkan tali pinggang mangsa-mangsa di dalam tandas sebelum melakukan perbuatan jenayah seksual itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad