web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Minitkan Perbincangan Berkaitan LKAN - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 12:35PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi ini di Putrajaya. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua ketua jabatan, ketua pengarah dan ketua setiausaha meminitkan segala perbincangan membabitkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara.

Berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri dengan warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, Anwar berkata LKAN itu perlu diteliti semula bagi memperbaiki tata kelola pentadbiran, selain dapat mengenal pasti dan membantu mengurangkan ketirisan dalam pentadbiran negara.

"Saya minta ketua-ketua jabatan teliti bukan sahaja yang disentuh mengenai jabatan, tetapi lihat seluruh usul cadangan untuk perbaiki tata kelola dan saya akan cadangkan kepada KSN supaya semua ini diminitkan.

"Pertamanya supaya dipastikan dapat dibincang kerangka besar isu laporan dan teguran Ketua Audit Negara, dan keduanya secara khusus yang menyentuh kedudukan di jabatan. Dengan cara sedemikian, tidaklah diulang masalah sama," katanya.

Berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini hari ini beliau berkata langkah meminitkan perbincangan membabitkan LKAN berkenaan juga penting untuk kedudukan jabatan berkaitan bagi memastikan masalah yang digariskan tidak berulang.

"Kita sejak dulu sudah mengulas mengenai LKAN, ada masalah yang terus berlaku. Kalau baca laporan beberapa tahun lepas, jam yang patut RM400, dikenakan bayaran RM4,000. Ada buku sekolah tidak sampai kepada pelajar tetapi dibayar.

"Perkara seperti ini kadang-kadang ia berulang kerana pemantauan kita lemah dan saya katakan itu kerja tanpa nilai," katanya.

Sementara itu, beliau berkata penjawat awam boleh memberikan penekanan terhadap perkara asas mendalami ilmu dan menimba pengalaman di barat, namun jangan sampai hilang jati diri sebagai seorang Muslim dan anak Malaysia.

"Penjawat awam mewakili satu pola pemikiran dan pembentukan idea yang lebih tinggi dari sekadar menjalankan tugas-tugas biasa dalam jabatan," katanya serta menambah bahawa kumpulan itu mempunyai satu tugas yang lebih berbanding profesyen lain. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 30 minit yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar