web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 9 PPS Beroperasi Di Selangor, Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 8:14AM

Mangsa banjir di Selangor dan Perak ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir di Selangor dan Perak setakat 8 malam tadi.

DI SELANGOR, lima PPS dibuka mulai 3 petang tadi di Daerah Sepang berikutan banjir akibat limpahan air Sungai Dengkil susulan hujan berterusan.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof ketika dihubungi berkata 255 mangsa melibatkan 67 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Dato' Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenderam Hilir.

Katanya jumlah mangsa di dua lagi PPS iaitu Dewan Orang Ramai Dengkil dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil masih dalam proses kemas kini pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Antara kawasan yang terjejas banjir itu ialah Kampung Sungai Buah, Jenderam Hilir, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam Hilir, Kampung Sri Tanjung dan Kampung Chemperai.

Sementara di PERAK, jumlah mangsa banjir malam tadi berkurangan kepada 220 orang daripada 64 keluarga berbanding 272 orang daripada 75 keluarga pagi semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mereka ditempatkan di empat PPS di Hilir Perak dan Kerian.

Di Hilir Perak, 53 orang berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan 13 orang di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, manakala di Kerian, 97 orang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang berlindung di PPS SK Alor.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap bahaya dengan mencatatkan ketinggian 3.96 meter berbanding paras normal iaitu dua meter manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Kerian di Selama pula pada paras berjaga-jaga iaitu masing-masing dengan 13.06 meter dan 11.85 meter berbanding paras normal 10 meter. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad