web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Inilah Melayu, Bila Nampak Mat Saleh Bukah Main Lagi’, Peguam Berang Dianaktiri 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 8:53PM

Menara Berkembar Petronas. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia semakin maju, namun sikap taksub segelintir pihak terhadap warga asing, khususnya pelancong Barat masih menebal. 

Perhatian yang diberi terhadap golongan berkenaan kadang kala agak berlebihan, malah ada kalanya sehingga meminggirkan rakyat sendiri.

Keadaan sama dialami seorang peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi yang menempuh pengalaman ‘menjengkelkan’ di Twin Tower Sky Bridge, semalam.

Tiket menaiki Twin Tower Sky Bridge milik Shamsuddin untuk slot jam 4 petang
Tiket menaiki Twin Tower Sky Bridge milik Shamsuddin untuk slot jam 4 petang

Katanya, beliau berjaya membeli tiket untuk slot 4 petang pada harga RM34.

“Harga rakyat Malaysia Senior dan MyKid sama. RM34 sahaja. Oklah tu dan faham tiket dan giliran naik itu 'First Come First Serve'.

“Pukul 2.00 pm lebih kurang pergi semula dan duduklah di kerusi bulat di ruang menunggu. Lama juga tunggu hingga 3.45 petang baru boleh beratur utk scan tiket,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Keadaan bagaimanapun jelas beliau, berubah menjadi ‘panas’ apabila pegawai bertugas menghampiri sepasang pelancong kulit putih yang turut sama menunggu.

“Lebih kurang pukul 3.00 petang datanglah pegawai Melayu yang pakai tie warna Petronas itu ke kerusi bulat sebelah bertanya kepada couple Mat Saleh tiket naik pukul berapa. 

“Mat Saleh itu jawab pukul 4.15 pm. Pegawai itu kenyit mata dan signal suruh couple mat saleh itu ke depan supaya boleh naik awal,” katanya, dengan nada tidak puas hati.

Dua pegawai PETRONAS yang didakwa mengamalkan sikap pilih bulu.
Dua pegawai PETRONAS yang didakwa mengamalkan sikap pilih bulu.

Jelas Shamsuddin, beliau tidak tahu apa rasional di sebalik keputusan pegawai terbabit mendahulukan pasangan pelancong tersebut, sedangkan slot mereka lebih lewat.

“Mulalah tertanya-tanya apa hal pula mat saleh boleh naik dulu. Saya ini yang dah tunggu lebih awal tidak pula dilayan begitu.

“Bila ditanya kenapa pula begitu, jawapannya mereka ada kuasa utk dahulukan sesiapa yg difikirkan perlu. Wah...mat saleh tu baru sampai, badan segar bugar bertatoo, pasangan perempuannya pun tak nampak cacat pun. Saya ini dengan rakyat yang pegang MyKad tak pula dilayan begitu,” tegasnya.

Beliau turut mengakui meninggikan suara kerana berang dianaktiri di negara sendiri.

Datuk Shamsuddin Nawawi
Datuk Shamsuddin Nawawi

“Bila hati sudah panas, suara pun tinggi sikit, pegawai pakai tie Petronas itu cuba bagi alasan. Give me a minute to explain...give me a minute to explain. Saya akan panggil encik juga lepas ini.

“Lepas ini? Lepas mat saleh dah dilayan penuh keistimewaan? Encik, saya bukan racist katanya. You admit you are racist! Kalau saya nampak mat saleh itu naik dulu dari saya, you will see my posting in Facebook! Itu amaran saya.

“Ini lah Melayu. Bila nampak mat saleh bukan main lagi. Mengelenyat nak layan. Melayu yg patuh ikut giliran ini boleh letak tepi,” katanya, berang.

Sementara itu, pengurusan Menara Berkembar PETRONAS menerusi satu kenyataan berkata, memohon maaf atas insiden yang telah berlaku. 

“Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan kadar segera. 

“Kami akan memastikan hal ini tidak berulang lagi. Segala kesulitan amat kami kesali,” katanya. - Getaran, 4 November 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

2 Anak Malaysia Galas Tugas Jurutera Bendalir F1 Mercedes-AMG PETRONAS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Mesyuarat PH Negeri Sembilan Fokus Isu PRN, Bukan Mesyuarat Khas

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

oleh Sophia Ahmad