web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2024: Peruntukan Tinggi Kepada Sabah, Sarawak Atasi Kesenjangan Dengan Semenanjung - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 8:32PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tinggi untuk Sabah dan Sarawak dalam Belanjawan 2024 adalah kerana wujud kesenjangan atau ketidakseimbangan pembangunan antara kedua-dua negeri itu dan Semenanjung.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kesenjangan itu membabitkan perkara asas seperti kemudahan bekalan air, elektrik, jalan berlubang termasuk kemudahan yang amat daif di kawasan sekolah luar bandar, selain pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

"Biar kita adil, peruntukan untuk Sabah dan Sarawak itu memang tinggi, paling tinggi dalam sejarah, tapi apakah boleh selesai semua masalah? Tidak boleh, akan ambil waktu, kena adil, ada masalah air di Sabah, kita selesaikan, kita selesaikan juga di Kelantan, kalau kita kata Sabah ada masalah besar, kita tinggalkan Kelantan, tak boleh.

"Jadi dalam keupayaan kewangan ini kita harus cuba imbangi keperluan, cuma yang saya setuju ialah bahawa tumpuan kepada permasalahan kritikal di Sabah dan Sarawak tidak boleh ditangguhkan," kata beliau ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata, pada hakikatnya peruntukan untuk semua negeri dalam Belanjawan 2024, termasuk di Kelantan ditambah dalam jumlah yang besar berbanding beberapa tahun lepas.

"Tak kira beberapa peruntukan tambahan lain yang kita tambah selepas ini, termasuk bekalan air untuk Sabah dan Kelantan, saya kena sebut Sabah terima RM6.6 bilion, berapa Perak? RM1.7 bilion, Sarawak RM5.8 bilion.

"Pahang? RM3.2 bilion, Kelantan? Sekarang RM2.8 bilion, Kedah naik RM1.8 bilion, semua negeri tanpa terkecuali, tapi untuk Sabah, Sarawak kita terikat dengan beberapa pemberian Persekutuan dalam MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) sebab itu untuk 2024 pemberian Persekutuan untuk Sabah RM1.53 bilion dan Sarawak RM1.63 bilion," kata beliau.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) semasa mencelah penggulungan beliau mengenai pertambahan pemberian Interim kepada Sabah sebagai dana tambahan pembangunan negeri.

"Soal interim, betul, ia wajar ditambah dan sedang dalam rundingan, Sarawak sejak 1969 peruntukan RM16 juta tak pernah naik, hanya tahun ini dinaikkan RM300 juta, Sabah pernah naik pada 2020 kepada RM125.6 juta dan sekarang pun RM300 juta.

"Cuma pembayaran khas interim ini kali pertama Kerajaan Perpaduan lakukan, tak dibuat sebelumnya, kena akui, saya akui (wajar ditambah) tapi jangan lupa Pan Borneo itu kita lulus RM16 bilion belanja, penjanaan solar hibrid Sabah Timur, selain jaringan talian penghantar elektrik di Selatan Sabah Southern Link.

"Jadi kalau kata masih kurang saya setuju tapi janganlah harap masalah tertunggak puluhan tahun boleh kita selesaikan dalam satu tahun," kata beliau.

Anwar turut mengarahkan supaya program Rahmah di Labuan, Sabah dan Sarawak ditambah bagi memanfaatkan rakyat di negeri berkenaan yang terkesan dengan peningkatan harga barangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

3

Semasa 2 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

4

Politik 3 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad