web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Loke Gesa Syarikat Penerbangan, Pengendali Lapangan Terbang Berkembang Di Luar Pasaran Tradisional

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 3:51PM

Menteri Pengangkutan Anthony Loke semasa berucap pada sesi CAPA Think Tank: A meeting of the mind yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Penerbangan Asia dan Anugerah Kemampanan Centre for Aviation (CAPA) 2023 di sini, pada Khamis. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang di Malaysia perlu terus memikirkan cara untuk mengembangkan perniagaan mereka melangkaui pasaran tradisional agar kekal cekap dan kompetitif, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata peserta industri diharapkan giat mencari kesambungan baharu di antara Malaysia dengan wilayah lain selain China, Korea Selatan dan Turkiye.

"Saya yakin syarikat penerbangan sedang berusaha meninjau banyak destinasi yang terbuka di negara lain pada masa ini," katanya semasa berucap pada sesi CAPA Think Tank: A meeting of the mind yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Penerbangan Asia dan Anugerah Kemampanan Centre for Aviation (CAPA) 2023 di sini, pada Khamis.

Beliau berkata usaha itu amat penting memandangkan peningkatan semula ketibaan pelancong di hampir semua pasaran serantau berada pada tahap 70 hingga 80 peratus daripada tahap pra- COVID, kecuali China.

"Saya berpandangan China masih mencabar kerana pembukaan pasaran China yang perlahan, dan dari segi ketibaan pelancong China, kita belum mencatatkan tahap (ketibaan mereka) seperti yang dicatatkan sebelum 2019.

"Semasa tempoh pra-2019, kita merekodkan ketibaan tiga juta pelancong China di Malaysia, dan sekarang ini, kita mungkin (mencatatkan) hanya lebih satu juta," katanya.

Loke berkata ketibaan pelancong yang rendah mungkin menunjukkan pertumbuhan lembap di pasaran itu berbanding wilayah lain.

Terdahulu, Loke berkata kerajaan mengenal pasti keperluan untuk kerjasama, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan serta insentif untuk meningkatkan pengeluaran dan penggunaan bahan api penerbangan mampan (SAF).

"Kementerian Pengangkutan pada masa ini sedang membangunkan pelan hala tuju penyahkarbonan penerbangan, oleh itu kerjasama dengan Industri penerbangan akan menjadi penting," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Beliau berkata Kementerian Perladangan dan Komoditi juga telah ditugaskan supaya membangunkan insentif pelaburan untuk pengeluaran dan infrastruktur SAF, di samping rangka kerja komprehensif untuk mandat campuran jangka panjang.

"Kami komited terhadap pendekatan holistik untuk kemampanan penerbangan, termasuk kecekapan dan kepakaran teknikal, penambahbaikan teknologi dan langkah berasaskan pasaran," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 4 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad