web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Isteri Direman Seminggu Bantuan Siasatan Kes Bunuh Wanita Warga Emas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 2:03PM

Wanita berusia 35 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang wanita warga emas yang dilanggar dan ditikam semalam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG - Sepasang suami isteri direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh seorang warga emas di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, semalam.

Perintah reman hingga 8 Nov terhadap mereka dikeluarkan Majistret Nur Azureen Zainalkefli di Mahkamah Majistret Marang bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Semalam, Bernama melaporkan seorang wanita berusia 65 tahun ditemukan maut dengan 15 kesan tikaman di badannya di dalam longkang di tepi jalan besar berhadapan Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu pada 4.35 pagi.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan dilaporkan berkata mangsa yang merupakan pesara kerajaan bersama-sama seorang wanita dipercayai rakan kongsi perniagaannya yang bekerja sebagai tukang jahit, menaiki sebuah kereta jenis Honda Jazz sebelum berlaku pertengkaran antara mereka dipercayai rasa tidak puas hati berhubung pembahagian keuntungan perniagaan.

Mangsa kemudian dikatakan keluar dari kenderaan itu sebelum dilanggar wanita berusia 35 tahun berkenaan yang selepas itu bertindak menikam mangsa sebanyak 15 kali di bahagian badan menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

Turut ditahan suami suspek wanita itu. - gambar BERNAMA
Turut ditahan suami suspek wanita itu. - gambar BERNAMA

Sehubungan itu, polis menahan suspek di rumahnya di Wakaf Tapai, di sini, pada hari sama sebelum menahan suaminya yang berumur 37 tahun dan bekerja sebagai mekanik selaku pemilik kenderaan yang digunakan untuk melanggar mangsa, bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad