web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laungan "Daulat Tuanku" Sambut Kepulangan Sultan Ibrahim Di Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 3:00PM

Ketibaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar disambut meriah rakyat Johor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Laungan "Daulat Tuanku" kedengaran sebaik kereta yang membawa Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini, hari ini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat pulang dari Kuala Lumpur selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) di Istana Negara.

Ketibaan Sultan Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, disambut Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri serta rakyat negeri ini.

Pada mesyuarat tersebut, Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Jan 2024.

Rata-rata yang ditemui Bernama berkata mereka tiba seawal 6.30 pagi tadi kerana tidak mahu terlepas peluang untuk bersama-sama meraikan pemilihan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Presiden Permata Baiduri Malaysia, Faridah Hamzah, 42, berkata Sultan Ibrahim amat disenangi Bangsa Johor sebagai seorang raja yang berjiwa rakyat malah baginda sering menjadi yang pertama menyantuni rakyat jelata yang ditimpa musibah termasuk bencana banjir besar yang melanda negeri ini.

"Ada di antara kami seawal 6.30 pagi sudah tiba di sini, kami teruja dan bangga sebagai anak Johor kerana sebelum ini pun kalau kita berada di luar Johor, ramai yang sentiasa sebut perkara yang baik tentang Tuanku sebagai seorang yang tegas, berpendirian dan berani membuat keputusan,” katanya ketika ditemui Bernama di luar LTAS, di sini, hari ini.

Senada dengan Faridah, Presiden Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Johor (Gabung Johor) Zaini Atan berkata beliau yakin amanah dan tanggungjawab besar itu akan dilaksanakan dengan baik sepertimana ketika baginda memerintah Johor.

"Selaku rakyat Johor, kita bangga dan ini adalah tanda kita meluahkan rasa bangga kita menunjukkan kepada Tuanku. Bukan sehari dua baginda berjiwa rakyat malah sejak menjadi Tunku Mahkota Johor lagi telah pun bersama rakyat," katanya.

Sementara itu, sambutan meriah pelbagai lapisan masyarakat turut dapat disaksikan sewaktu keberangkatan tiba Sultan Ibrahim pada 11 pagi di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Ketibaan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar disambut rakyat Johor yang menunggu sejak pagi. - gambar Royal Press Office
Ketibaan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar disambut rakyat Johor yang menunggu sejak pagi. - gambar Royal Press Office

Sultan Ibrahim menaiki kenderaan yang dipandu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Turut berangkat tiba Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim dan Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Warga emas Saadiah Sabran, 65, antara individu yang setia menunggu ketibaan baginda di hadapan pintu masuk istana, meskipun cuaca panas sejak 9 pagi tadi.

“Saya harap baginda yang sentiasa berjiwa rakyat, diberi kesihatan yang baik dan dipelihara Allah sepanjang menjadi penaung negara nanti,” katanya kepada Bernama.

Saadiah berkata arwah suaminya Iduan Idris merupakan bekas pemandu peribadi Allahyarham Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada sekitar tahun 70-an.

Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan tahun depan.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) Jumaat lepas turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keutamaan Saya 33 Juta Rakyat Malaysia Bila Bergelar Agong - Sultan Ibrahim

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad