web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Al-Sultan Abdullah Pikul Tanggungjawab Penuh Amanah, Cukup Sempurna - Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 8:35PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (empat, kanan) dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar (lima, kanan) berkenan hadir pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 yang dipengerusikan Sultan Johor di Istana Negara hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Raja-Raja menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kerana memikul tanggungjawab sebagai Payung Negara sejak 2019 dengan penuh amanah, bijaksana dan cukup sempurna.

Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-262, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah semasa pemerintahan Al-Sultan Abdullah, negara telah mengalami beberapa masalah yang sangat mencabar khususnya COVID-19 dan pergolakan politik tanah air sehingga melibatkan pelantikan empat Perdana Menteri.

“Namun begitu, kesemua masalah tersebut telah berjaya diselesaikan berkat kebijaksanaan Paduka Adinda (Al-Sultan Abdullah) berunding dengan para pemimpin politik serta dengan Raja-Raja.

“Kejayaan Paduka Adinda bukan sahaja dalam menyelesaikan kemelut politik, tetapi juga dalam menyantuni rakyat jelata,” titah baginda ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja itu di Istana Negara di sini, hari ini.

Baginda bertitah Kembara Kenali Borneo yang julung kali diadakan pada September lepas, telah berjaya mendekatkan hubungan raja dengan rakyat serta meningkatkan kesetiaan rakyat kepada raja dan negara.

Al-Sultan Abdullah bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Januari tahun depan.

Sementara itu, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menerusi satu kenyataan memaklumkan Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah membincangkan perkara-perkara melibatkan agama Islam termasuk penggunaan kalimah Allah serta pelantikan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Turut dibincangkan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Atasan, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) termasuk beberapa perkara menyentuh Perlembagaan Persekutuan iaitu cadangan pindaan Bahagian IlI berhubung kewarganegaraan termasuk mengenai cadangan Rang Undang-undang Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing. 

Menurut kenyataan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut memberi taklimat terkini mengenai keselamatan negara, manakala Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman menyembahkan taklimat berhubung pertahanan negara. 

"Selain itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut hadir menyembahkan taklimat mengenai Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030," menurut kenyataan itu.

Turut berangkat ke mesyuarat hari adalah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Perlis diwakili Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra.

Mesyuarat turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam; Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Sarawak diwakili Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghadiri mesyuarat itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Jadi Tumpuan, Detik Bersejarah Setiap 5 Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Raja Raja Melayu Tiba Di Istana Negara Untuk Mesyuarat Majlis Raja Raja

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Runding Cara Baik, Tanpa Belakangkan Perlembagaan - PM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 3,000 Rakyat Sambut Sultan Ibrahim Pada Jamuan Teh Di Pontian

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar